Biodata Puan Rozita

puan rozita ibrahimAssallamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang melayari website JRM iaitu anak syarikat Sendayu Tinggi Holding. JRM merupakan anak syarikat Sendayu Tinggi, produk serta pasarannya berbeza dengan ST . Sendayu Tinggi dengan Rozita Ibrahim sangat sinonim sesuai dengan sejarah dan nama syarikat itu ditubuhkan. SENDAYU TINGGI BERMAKSUD , SENI DAYUNG TINGGI-

  • Kreativiti-“Seni”Mencari lubuk emas mengunakan kuasa minda separuh sedar.
  • Kesungguhan-“Dayung” Mental dan fizikal mencari pontensi diri dan mengenali pasaran. Saya umpamakan diri ketika itu Wira Wati ( kapten) yang sedang bersampan mencari destinasi tanpa sebarang bekalan. Naluri keibuan memberontak kerana tekanan hidup berjuang melawan arus kehidupan untuk membela nasib anak-anak .
  • Mengenali Potensi Diri dengan Azam“ Tinggi” bukan angan-angan..!!

Ramai yang mengenali saya kerana kisah kedaifan hidup dan ibu tunggal yang tiada pelajaran membesarkan anak-anak. Tiada teman, suami, sahabat menemani perjuangan hidup. Saya pujuk hati dan setiap kali saya melangkah pasti saya mulakan dengan niat. Pernah saya bertanya pada diri sendiri apa tujuan saya berniaga dan apakah saya akan berubah bila satu hari saya akan jadi orang senang ..?? Jawab hati kecil saya, Allah beri saya tubuh dan akal yang sempurna, maka saya akan guna sebaiknya. Tidak berpelajaran tidak semestinya bodoh dan gagal dalam kehidupan…

Aku berniaga sebab Rasullulah berniaga . Kenapa aku nak sombong bila aku kaya.!! Hidup ini singkat dan sementara, kalau aku kaya banyak lagi orang lebih kaya.!! Allah menduga aku saat kemiskinan dan kekayaan..Ingat bahawa Aku tak selalu berada diatas…”

Masa sangat berharga , niat kena betul..!!.Setiap hari saya pelajar dan terus belajar..Setiap kali melangkah ketahun baru, saya pasti teringat kenangan saya membina ST. Kini ST sudah remaja , 18 tahun dipasaran. Masyarakat melihat ST dan sy adalah lambang kejayaan atau kekayaan dalam perniagaan..Hakikatnya itu hanyalah 10% yang anda lihat..90% adalah tangisan dan kesakitan yang anda tidak pernah tahu. Untuk menjadi orang luar biasa kita kena kerja luar biasa. Hina besi kerana karat hina manusia kerana melarat..


ANUGERAH YANG PERNAH DITERIMA

  1. ANUGERAH TROFI SRI NONA
    • Anjuran Sistem Televisyen Malaysia ( TV3 ) yang disampaikan oleh Allahyarhamah Datin Sri Endon Mahmud pada tahun 2003
  2. ANUGERAH PEREMPUAN TERISTIMEWA
    • Anjuran daripada Majalah Perempuan pada tahun 2003
  3. ANUGERAH TOKOH USAHAWAN WANITA 
    • Menerima anugerah pada Ogos 2006 dengan anjuran dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Anugerah ini disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu iaitu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.
  4. ANUGERAH WANITA IKON 2007
    • Finalis Anugerah Wanita Ikon anjuran Utusan Karya pada tahun 2007. Anugerah dinobatkan kepada usahawan wanita yang banyak menyumbang kepada masyarakat.

anugerah-trofi-sri-nonaANUGERAH-PEREMPUAN-TERISTIMEWAanugerah-tokoh-usahawan-wanitaanugerah-wanita-ikon-2007

© Copyright 2013. Jamu Ratu Malaya (JRM) - No.95-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen U20, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor.