CINTA TAK KENAL RUPA DAN USIA

Cinta tak mengenal usia_baru-01-01

 

 

Saya susah nak hafal lagu, dek kerana pernah menyanyikannya semasa disekolah rendah maka saya nak kongsikan bait-bait dalam Lirik lagu yang ini tak pernah saya  lupakan ini. Tentang kasih sayang. Cuba anda semua perhatikan dimana kita letakan kasih sayang. Kumpulan Dloyd, antara liriknya –

Kasih sayang terlalu indah dikenang selamanya..Tak kan pernah kau buang..Kasih sayang tidak pernah kenal usia tua muda akan menikmatinya…Namun jangan engkau lupa..Akan akibat masa nanti..Engkau dapat menderita…karena terlena rasa cinta…Kasih sayang…Terlalu pahit dan menyakitkan..Dan membuat remaja patah hati..

Kita sanggup mati dan bersusah payah demi kerana sayang..!! Perasaan sayang itu mampu membangunkan insan lain dan sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri. Allah meletakan kasih ibu paling tertinggi dan juga sebagai syarat masuk ke syurga. Sifat keibuan yang telah melahirkan , mendidik dan kasih sayangnya kepada anak-anaknya merupakan kasih sejati sehingga kepintu syurga…

Bermula dari bayi, ayah, ibu, kakak , abang, dan semua yang ada pertalian darah dari yang muda sehingga tua, sihat sehingga uzur diikat dengan rasa kasih sayang. Perhatian dan perasaan itulah  yang menguatkan ikatan kekeluargaan. Sekiranya hilang kasih sayang maka terbiarlah manusia itu…!! Tanpa sifat kemanusiaan ada orang yang sanggup membunuh bayi  yang tidak berdosa demi menyelamatkan maruahnya.  Melupakan jasa ibubapa sehingga sanggup membiarkan mereka menderita dan membuang mereka kerumah kebajikan..!!

q

Gambar Contoh

CINTA ANAK MUDA

Golongan muda remaja sering tersalah letak cinta dan perasaan. Sebagai ibu bapa wajib menasihati dan melindungi terutamanya anak perempuan. Islam menuntut ibu bapa menjaga kehormatan anak perempuan .  Hadis Bukhari sahih – Setiap anak dilahirkan suci, ibu bapa yang mencorakan anaknya menjadi muslim, majusi atau nasrani.

Jangan biarkan mereka bebas berkawan dan kawal demi kebaikan masa depan mereka. Pengalaman yang terlalu cetek membuatkan mereka diperbodohkan oleh perasaan sendiri dan terbuai dek khayalan cinta..! Cinta tanpa asas kukuh dalam membina perhubungan sebenarnya MENIPU DIRI SENDIRI DAN BUNTU MATLAMAT HIDUP . Kepahitan akan MENGHANCURKAN MASA DEPAN dan terus hanyut melayani dosa. Kesusahan hidup sebagai janda dan kasihan melihat kerakusan gejala sosial membuatkan hati pedih bila melihat anak-anak remaja berumur 12 ke 17 tahun megah berpegangan tangan tanda asyik bercinta..Hati saya memberontak seperti mahu menjerit.

 

12

Gambar Contoh

Maafkan saya anak muda, sebagai wanita yang berusia juga seorang ibu saya meluahkan rasa sayang kepada anda yang membaca tulisan saya di blog ini dengan berpesan kepada kebaikan. Saya tidak pernah melalui zaman remaja kerana berkahwin diusia muda serta memikul tanggungjawab yang berat dan sangat sukar. Umur saya 19 tahun saya sudah melahirkan 3 orang anak melalui kemiskinan dan ada anak cacat. Saya juga bukan lah sempurna …!!

Perjalanan hidup saya masih terlalu jauh. Muda hanya sebentar jika diturut nafsu muda itu kesengsaraannya sepanjang hayat.  Pengaruh cinta yang tak menguntungkan  Pepatah saya “ Kita selalu tertipu dengan diri sendiri “ inilah salah satunya mari Kita renungkan bersama.

Selamatkan dan sayangi anak -anak perempuan kita. Saya percaya ramai ibu berperasaan seperti saya. Pada saya biar saya terseksa, anak saya jangan..!!  Saya berdoa kepada Allah agar anak saya dilindungi dan sebagai ibu saya tegas kehadapan melindungi mereka. Anak perempuan ni lemah mudah  terpedaya dek pujuk lelaki dan kawan2..Jangan dek kerana cinta – Terbuai Jiwa, tergadai Body , Lahir lah baby, siapa yang rugi..?? Mana mahu pergi.

Kita jaga anak sebaik2nya dari bayi sehingga dewasa. Cuba tengok Monyet, marah jika siapa usik anak mereka, kita manusia tak kan senang,  senang orang nak rosakan anak kita kan? Jangan izinkan anak perempuan kita kepada lelaki yang akan merosakan kehidupannya. Luas pengalaman banyak pengalaman .Tulisan saya adalah kisah benar yang saya lalui sendiri melalui teman-teman . Disini saya muatkan 3 cerita akan datang InsyAllah. Pengalaman ini dari kenalan saya mari kita jadikan iktibar.  Saya mulakan cerita  pertama iaitu  JANGAN JADI MURAHAN.

Bila Bonda Rozita Ibrahim bercerita.

Remaja ini tak cantik rupa parasnya..!! Bukan menghina ciptaan Allah tetapi sikapnya yang BODOH menambahkan lagi keHODOHan dirinya..!! Dia dari family yang berpangkat besar dan terpelajar. keluarganya  terlalu percayakan anak dan kebebasan itu bukti sayang kononnya..!! Kerana ingin menarik perhatian lelaki dan ingin membuktikan bahawa dia Gadis Terlaris dia meraikan dirinya sebagai rebutan secara percuma dengan 7 ke 10 orang lelaki setiap kali pesta harijadi, menyambut tahun baru dan sebagainya. Sehingga digelar “ Awek Aqiqah”  Puas saya memujuk dan menasihatinya.  Jawabnya – Muda dan hidup hanya sekali. Tersangatlah bangga dia menceritakan kisah “ LUAR TABIE” itu didalam kereta, meja besar seperti hidangan lauk lah umpamanya..!!

Saya tanya solat dan agama bagaimana? Alah kakak ,mak ayah saya pun tak solat. Malangnya hidup tak ada pegangan agama seperti Jiwa kacau Hidup meracau.

Tragis selepas ini..!! saya terima call dari dia “Kak aku nak cuti lama,aku sakit teruk” terus letak phone, terus tak datang kerja dan hilang tanpa berita. Sebulan selepas itu dia call saya dengan nada sayu dan lemah  “Kak aku nak jumpa ko, aku takut kak..”..tergamam sebentar. Saya berasa pelik bin ajaib, kerana sebelum ini sikapnya sentiasa ceria dan kalau bercakap terjerit-jerit. Sangkaan saya dia ingin mengkhabarkan dia dah dapat kerja baru atau mungkin nak menceritakan program maksiatnya lagi, lalu pertemuan pun diatur.

 

KUCHING, 1 Nov Mayat bayi perempuan dengan tali pusatnya masih belum dipotong, ditemui dalam beg plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Taman BDC Stutong di sini, hari ini

Perbuatan yang terkutuk dan pembunuhan yang kejam terhadap bayi yang tidak berdosa ini.

Kisahnya –  Selama dia tak datang ke pejabat . Dia disahkan hamil. Timbul kesedaran dan rasa insaf. Tiada lelaki yang sudi menjadi ayah kepada kandungannya. Dia mencari klinik swasta (India) untuk mengugurkan kandungan yang berusia hampir 4 bulan. Selesai digugurkan, janin yang sudah mati itu diberikan kepadanya.  Dia melihat bentuk kepala dan sifat janin yang masih belum sempurna sifatnya itu. Dia menanam janin itu tanpa pengetahuan sesiapa pun. Saat dia mencangkul tanah itu hatinya berkata manusia jenis apakah aku ini, tak cukup dosa zina kini aku bunuh anak kecil yang tidak berdosa. Ia merasakan seperti mengkebumikan seekor kucing bukannya manusia, Janin tak berdosa itu dibunuh dan ditanam tanpa mandi jenazah atau pun dikafankan sebagai orang islam.

Perasaan sakit bermacam jenis datang. Pertama sakit selepas penguguran yang teramat sangat, kedua sakit hati yang tiada perinya. Ketiga bala mencurah-curah  datang selepas itu. Betul kata nenek saya “JANGAN BANYAK KETAWA NANTI MENANGIS AKHIRNYA”.

Selepas kejadian itu dia insaf dan amat kesal. Jadi pendiam dan mengurung diri..!! Dia tidak tahu menjaga rawatan lepas penguguran ..!! Kesan dari tidak berpantang dan Allah membalas kifarah kepadanya. Kemaluannya terasa mengembang, sakit serta mengeluarkan nanah yang sangat busuk serta teramat gatal. Perut dan pinggangnya sangat sakit. Setiap malam susah nak tidur…!! Setiap kali dia ingin melelapkan mata ia  dihantui bayangan janin itu menangis mencarinya dan bayangan saat dia mengguburkan janin itu. Keseronokan serta gelak tawa dia bersama lelaki beramai-ramai  dalam “Program Sex “ menyebabkan jiwanya amat terseksa. Perasaan Ketakutan melalui masa depan yang gelap sertqa malu jika orang tahu yang dia adalah AWEK Aqiqah…!!

CYMERA_20130410_151505

Gambar Contoh

Saya pujuk jiwanya yang sakit. Ini bukan penamat kehidupan, Musibah itu teguran Allah , carilah hikmahnya. Saya perkenalkan dia madrasah untuk merawat jiwa dan pupuk agamanya. Selama 3 tahun disana saya rawat dia dengan produk ST ketika itu. Kemaluan bernanah itu pulih dan sembuh selepas 5 bulan..!! Dia trauma takut kehospital dan melihat beg plastik ..!! Bukan semudah itu untuk sembuhkan  jiwanya..!! ketakutan yang melampau..Dia ternampak janin merengkok dalam beg plastik . 

 Selepas anda membaca cerita di Blog saya ini, s aya sangat mengharapkan komen dari anda semua. Saya  sangat menhargainya sebagai perkongsian kepada pembaca yang lain yang akan melawati blog saya ini.

Hanya Wanita Yang Memahami Wanita kan..!!

Saya merasakan Blog JRM adalah medium bermenafaat untuk semua kaum wanita ..Berbagai ilmu perbidanan dan pengalaman sepanjang kehidupan yang bersesuaian saya akan dikongsikan di blog ini..Menyampaikan ilmu kepada perkara kebaikan mungkin dapat menyelamatkan insan lain dalam  perkahwinan, kesihatan dan memberikan ketenangan jiwa.

Indahnya siraturahim dan jariah kita sesama insan..

 

 

MELALUI PENULISAN BONDA ROZITA SETERUSNYA.

Twitter: http://twitter.com/official_JRM
Instagram: 
http://instagram.com/official_jrm

Facebook : https://www.facebook.com/rozita.jrm
LIKE fan page JRM :https://facebook.com/JRMOfficial

 

 

8 Comments

  1. dewicinta says:

    Assalammualaikum.Bagus perkongsian akak bahawasanya wanita bukan medium seks semata tetapi wanita lebih dari itu.menjadi wanita bukanlah mudah wanita bukan kilang mainan dan beranak sahaja. wanita harus pandai menjaga dalaman kerana dalaman yang sihat terpamer dari luaran( saya mengandaikan dalaman merujuk kepada organ seksual wanita). saya lebih memahami kata yg selalu di bias di mana- mana sahaja ‘kecantikan dalaman’ menjurus kepada kebersihan,penjagaan dan keprihatinan kita dalam memastikan ia berfungsi dengan baik.kagum dengan akak berjaya mengawal nafsu dan berusaha menuntut kecantikan luar dan dalam.

    • jamu ratu malaya says:

      Saya sangat menghargai komen puan kerana bagi saya perkongsian ini dan komen pembaca membantu anak muda yang dalam dilema ..berfikir panjang..sebab suara saya akan lebih cantik jika disertai komen wanita lain yang memberikan pandangan..Terimaksih ya

  2. ijah says:

    pergaulan saat ini sudah sangat mencemaskan terutama bagi seorang anak perempuan, maka sebisa mungkin kita harus menjaga mereka dan membekali dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Swt.
    Amin

    • jamu ratu malaya says:

      Terimaksih sebanyak nya atas komen kerana ..saya risau genarai kita bangga dengan maksiat sehingga menjahanamkan diri sendiri

  3. ibUputeri says:

    Puan,
    Insaf untuk membesarkan seorang anak perempuan saya, kini 8thn. Mmg masih muda dan itulah yang Allah beri tanggungjawab & khalifah.

    Boleh share jadual pemakanan Jamu daripada syarikat Puan dari seawal pagi bangun tidur hingga sebelum tidur untuk seorang ibu bekerjaya dengan 2 orang anak.

    Tq mentor k.Ita sudi berkongsi kebaikan.

  4. ains abdul says:

    mmg ptut pnulisan sbgini dkongsi smua. sgt bmnfaat, mnjadi pringatan, panduan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

© Copyright 2013. Jamu Ratu Malaya (JRM) - No.95-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen U20, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor.