Doa

Segala puji bagi Allah atas nikmatnya kepada kita sebagai manusia dan hambanya. Semua manusia ingin mengecapi hidup bahagia terutama dalam berumahtangga. Ujian dan musibah sepanjang perjalanan kehidupan bentuknya bermacam-macam. Dari ujian atau musibah tersiratnya ilmu dan mengandungi banyak hikmah.

CARANYA :

  1. Amalkan selepas solat hajat.
  2. Setiap kali baca mengikut nombor sebutkan namanya dan berdoalah.
  3. Amalan ini bagus untu menyeru anak-anak yang lari dari muah, keras kepala dan degil.
  4. Amalan ini sesuai melembutkan hati anak.
  5. Amalan ini untuk melembutkan hati suami & isteri yang keras dan baran.

DOA MELEMBUTKAN HATI YANG LIAR

gambar contoh

Al-fatihah –  1  kali

Ayat Qursi – 1 kali

1- AL A’RAF AYAT 154

 

1

 

154 : Dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, dia pun mengambil Lauh-lauh Taurat itu yang dalam naskhahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada melanggar perintahNya)

DOA MENJINAKKAN TIUP PADA BADAN/AIR ATAU GAMBAR

2-  AL IMRAN AYAT 200       

200 : Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

DOA SUPAYA TIDAK KERAS DAN DEGIL

3-  AS – SYURA AYAT 19

3

 

19 : Allah maha lembut tadbirNya, (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya. ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

4-  AYAT AL HAJJ 63 

 

63 : Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya)

DOA JADI BAIK 

5-  AL BAQARAH AYAT 165

6

Mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.

DOA : ALLAH HU MAJ ALNI MAHMUBAN FIQULUBIL MUKMININ WAL MUKMINAT WA BASIR NI WA BALIGH NI ILA NIATI WA ISYRI NASANATAN 

(PERHATIAN : Disini sebut nama yang dihajatkan dan panjangkan doa)

6-  SURAH YUSUF AYAT 64

Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja Yang menaruh belas kasihan”.

DOA DICINTAI 

 

7-  SURAH YUSUF – 4 

 

Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.

DOA PENGASIH

8-  SURAH AL IMRAN 14

14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

BUANG JAHAT DALAM HATI 

9-  SURAH AL HIJR – 47

47. dan Kami cabut akan apa Yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

10-  SURAH AL-HASYR AYAT 9

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

11-  AL HASYR – 13 

13. (kerana) Sesungguhnya kamu – Dalam hati mereka, – sangat ditakuti lebih dari Allah; Yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum Yang tidak memgerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya).

12-  AL – ARAF – 43

43. dan Kami cabutkan Segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di Dalam syurga) Yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur Dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin Kami (dengan taufiqNya); Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan Kami Dengan membawa kebenaran”. dan mereka diseru: “Itulah syurga Yang diberikan kamu mewarisinya Dengan sebab apa Yang kamu telah kerjakan”.

MELEMBUTKAN HATI DAN KASIH SAYANG KELUARGA

Amalkan semasa masak atau sedang membasuh beras.

13-  AS SYURA – AYAT 19

19. Allah Maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; ia memberi rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan Yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

 19 X BACA – PADA AIR.

BOLEH TIUP UBUN-UBUN ANAK – 1X

MASAK NASI – FATEHAH 7 X – GENGAM BERAS – SAMPAI – TA’ IN – LEPAS DAN DOA..TERUSKAN FATEHAH…

Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.com
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

18 Feb, 2014

Author:

no comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

© Copyright 2013. Jamu Ratu Malaya (JRM) - No.95-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen U20, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor.