KENALI MAKANAN BERPANTANG

Assallamualaikum, salam hormat dari saya ..!!

Saya suka sangat nak kongsi cerita tentang pantang. Herba dan berpantang sangatlah besar manfaatnya untuk kesihatan, kecantikan dan kehidupan harian saya. Melihatkan kawan terdekat ramai yang tua sebelum usia. Jadi apalah salahnya mengambil inisiatif dan bersusah demi kebaikan. Hakikatnya penuaan dan kematian pasti akan datang pada semua yang hidup. Tapi saya bertekat menjaga dan berdisiplin pada badan sendiri kerana saya tak mahu hidup menderita kerana sakit dan sisa usia dihospital.

Saya sentiasa ingatkan diri dan genggam sebagai motivasi saya  iaitu Baju , beg dan kenderaan akan buruk dan lepas tu dibuang. Kereta rosak ada spare part..kalau badan saya nak cari ganti kat mana..?

Demi kesihatan dan kecantikan saya sanggup telan ubat pahit , makan seperti orang miskin dan tidak enak meskipun saya mampu membelinya. Setiap orang tak sama prinsipnya kan…!! Saya sangat saying diri saya zahir mahupun batin.

Pengalaman saya melihat perbezaan arwah nenek dan mak saya. Saya membuat kajian serta menganalisa untuk dijadikan panduan diri sendiriPantang ni umpama “Spa Kesengsaraan” . Sendiri buat sendiri tanggung..Ahh tak lama pun 60 saja kan..!

Nenek saya langsing dan sihat sehingga umurnya 70an . Sihat , cergas tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan. Masih mampu menyapu halaman rumah dan cergas berkebun.

Mak sering bercerita pada saya tentang kebencianya berpantang. Beliau sering melanggar pantang dan memberikan kesan pada diri mak saya juga akhirnya. Mak saya membuka cerita lama… “Mak dalam pantang nenek bagi ubat jamu, mak buang ikut tingkap…Mak curi-curi makan tak tahan berpantang…Bentan…!! Nenek marah sangat, nasib baik tak mati. Kesan pada diri mak saya sewaktu umurnya 30an mak sudah sakit sendi, perut besar serta kembang, bentuk badan tidak cantik, stamina lemah dan banyak penyakit.

Berpantang setiap bangsa sangat berbeza…!! Saya akan kongsikan di penulisan saya yang lain iaitu Amalan Mengarut Semasa berpantang pelbagai bangsa yang saya kutip untuk dikongsikan dengan anda semua…Tunggu ye…!! Apa yang saya kongsikan ini adalah cara saya berpantang dan amalan arwah nenek. Namun saya ubah sedikit kerana ada yang tidak logik seperti :

Makan ikan masin sepanjang 40 hari –

Amalan ini akan membuatkan ibu kekurangan vitamin dan makanan berkhasiat. Ibu memerlukan tenaga dan khasiat makanan yang tinggi untuk membina kembali kekuatan badan, kesihatan dan kecantikan .

Makan tak boleh bertambah

Jika makan bertambah akan menyebabkan bentan dan ulang kembali tempoh berpantang. Semasa ambik nasi dan lauk hanya sekali ambik..

Saya setuju jika tak tambah nasi…! Tapi ikan dan sayuran lebihkan pengambilannya sangat baik dan jika bertambah tidak mudaratkan badan..

Sehari tak boleh minum lebih dari secawan.

Ia bertujuan supaya perut tak buncit. Badan ibu perlukan air kerana semasa menyusukan bayi ibu akan menjadi sangat haus dan sembelit akan berlaku.

Cara yang lebih baik dan terbukti berkesan seperti apa yang saya lakukan ialah minum air panas suam sehari dalam 3 ke 4 kali. Cara minumnya dengan cara sedikit2 bukan terus habiskan dalam sekali hirupan

gambar bersama anak kecil - terbaru (1) Gambar Puan Rozita bersama anak bongsunya ketika berumur 6 bulan.

Buahan yang boleh makan hanya epal hijau & orange.

  • Buah Anggur, rambutan akan menyebabkan batuk ..!! Kekerapan batuk sangatlah  tidak baik utk ibu. Ia menyebabkan peranakan kembang dan menjadi tidak kuat akibat tekanan batuk.
  • Buah Durian adalah buahan paling berbisa selepas bersalin yang boleh menyebabkan tumpah darah. Semasa mengandung ia juga menyebabkan keguguran meskipun hamil 3 ke 5..
  • Buahan seperti nangka, cempedak, semua jenis tembikai sangat bahaya kerana sejuk . Ibu berkemungkinan akan pening , mengigil dan merasa seram sejuk.
  • Buahan seperti manggis, langsat, machang, kuini getahnya sangat bisa – yang boleh menyebab kan ibu pengsan atau kancing gigi.

SAYURAN DAN IKAN  YANG TERBAIK DALAM PANTANG DALAM TEMPOH 2 MINGGU SELEPAS BERSALIN

Sayuran yang boleh dimakan semasa dalam pantang
  • Sawi hijau. Karot putih, jantung pisang ( Memperbanyakan susu )
  • Tahu dan tempe ( Banyak zat dan baik pulih luka )
  • Karot merah, peria katak, semua jenis ulaman seperti pegaga, ulam raja, daun mengkudu,  silom ( memberikan kesihatan lebih baik, tenaga dan merawat luka )
  • Bawang besar ( membersihkan usus &  kolon serta mengurangkan rasa haus
  • Bawang putih & Halia ( Buang angin, melancarkan darah & melangsingkan)
  • Bonglai hitam atau ubi lempoyang sangat bagus dijadikan ulam ( Air susu banyak, muka merah, badan segar, darah keluar x sakit, kurus cepat, sakit sendi hilang.

 

Sayuran yang tidak boleh dimakan semasa dalam pantang
  • Petai , jering, cendawan, rebung, pucuk paku – Sangat bisa dan boleh menyebabkan bentan yang sangat teruk sehingga ada yang mati
  • Daun bayam, pucuk manis , taugeh,& semua jenis labu atau timun.

 

Ikan yang boleh dimakan semasa dalam pantang
  • Ikan gelama , tenggiri, bawal putih & Haruan.
  • Selepas 10 hari melahirkan sebaiknya makan Ikan yang isinya putih.
  • Bagi mengelakan bentan, masalah luka lambat sembuh dan  menjauhi dari kegatalan pada ibu dan bayi yang menyusu badan
  • Ikan cencaru , telur , daging ayam, & ikan bilis
  • Saya cadangkan makan pada hari ke 11 dan seterusnya. Bukan pada awal bersalin..!!
  • Daging lembu elakan pada awalan kerana ia menyebabkan ganguan kepada tekanan darah dan emosi ibu, dikhuatiri menyebabkan ganguan mental iaitu gila meroyan.

 

Ikan yang tak boleh dimakan semasa dalam pantang
  • Ikan sembilang keli, baung, pari . Ikan ini mempunyai sengat dan menyebabkan menyucuk2 dalam perut dan kesakitan yang melampau. Ketam, udang dan sotong adalah tidak elok selepas bersalin.

 

Perhatian  Cara Rawatan & Teknik terbaik selepas bersalin :

HOT OIL SUSU KAMBING ;

  • Sangat sesuai untuk membakar lemak.
  • Bagus untuk menghilangkan angina dan lenguh badan selepas  bersalin
  • Cepat mengeluarkan darah beku pada perut dan pinggang selepas bersalin
  • Sapuan luaran yang sangat panas seperti suhu 60 *c
  • Berpeluh macam bersauna 15 minit
  • Bagus untuk rawatan sendi atau bengkak juga melembutkan kulit.
  • Panasnya mengancam dan disukai ramai.

KOPI RATU ;

  • Campuran herba khas untuk wanita dari 10 tahun hingga warga tua
  • Rawat kencing manis n darah tinggi. Manis bukan dari gula tebu.
  • Bagus untuk minuman wanita selepas bersalin
  • Kopi ratu tidak mengurangkan susu ibu
  • Memberi tenaga dan merawat dalaman kepada wanita selepas bersalin
  • Cergas dan menghilangkan kelesuan selepas bersalin
  • Sesuai untuk wanita yang mudah lupa (Rawat nyanyok)
  • Mengguatkan dan cergaskan minda
  • Untuk pelajar mudah focus belajar
  • Rawat masalah haid
  • Badan cergas sihat berpeluh

DIETARY NT KOLESTROL ;

  • Sangat sedap dan  mengenyangkan sepanjang
  • Wanita lepas bersalin kurang kalsium ia sangat sesuai untuk wanita bagi menguatkan tulang
  • Pada yang ada Kolestrol tinggi bagus minum.
  • Bagus untuk orang tua, wanita selepas bersalin bagi tulang akan kuat dan bertenaga
  • Buang air besar senang untuk membuang toksid dalam badan
  • Perisa lemak-lemak  coklat panas. Gerenti nak lagi..! Memang berkhasiat, anak kecil hingga warga tua boleh minum. Penghidap diabetes dan darah tinggi juga boleh minum. Selamat.

PERHATIAN…

Adalah lebih baik menjauhi makanan lain yang bukan dalam kategori yang dibenarkan ..Blog ini adalah ringkasan saja sebagai panduan.

Makan nasi sejuk , ais batu , makanan yang bertapai adalah sama sekali tidak dibenarkan..!!

Selepas anda membaca cerita di Blog saya ini, s aya sangat mengharapkan komen dari anda semua. Saya  sangat menhargainya sebagai perkongsian kepada pembaca yang lain yang akan melawati blog saya ini.

Hanya Wanita Yang Memahami Wanita kan..!!

Saya merasakan Blog JRM adalah medium bermenafaat untuk semua kaum wanita ..Berbagai ilmu perbidanan dan pengalaman sepanjang kehidupan yang bersesuaian saya akan dikongsikan di blog ini..

Menyampaikan ilmu kepada perkara kebaikan mungkin dapat menyelamatkan insan lain dalam  perkahwinan, kesihatan dan memberikan ketenangan jiwa.

Indahnya siraturahim dan jariah kita sesama insan..

LAWATI BLOG UNTUK MENGETAHUI CERITA SELANJUTNYA….

click ——> blog : http://www.jrm.com.my/

Twitter: http://twitter.com/official_JRM

Instagram: http://instagram.com/official_jrm

LIKE fan page JRM :https://facebook.com/JRMOfficial

Facebook : https://www.facebook.com/rozita.jrm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

© Copyright 2013. Jamu Ratu Malaya (JRM) - No.95-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen U20, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor.