KISAH TOMBONG ATAU PROLAPSE

Tombong ialah rahim atau peranakan yang keluar dari vagina jika dibiarkan akan membuatkan wanita sentiasa basah. Tak ramai yang mahu berkongsi tentang sakit tombong ini. Ia sangat menyakitkan dan membuat wanita akan patah hati dan ketakutan melalui kehidupan seharian. Setiap kali wanita duduk akan basah berair , mengeluarkan bau busuk dan tidak boleh melakukan sex..!! Malahan banyak lagi kesan buruk pada diri wanita yang mengalaminya.

Pasti ramai wanita yang tidak tahu tentang tombong. Menjaga pantang dianggap karut dan penjagaan sakit selepas bersalin itu hanya dalam seminggu sahaja. Disini saya menulis dan berkongsi dengan wanita muda khasnya apakah kesan yang memudaratkan pada jangka masa panjang jika mengabaikan “Penjagaan Bersalin”.

Tulisan blog saya ini sebagai peringatan kepada kaum wanita bahawa TOMBONG ITU WUJUD. Saya menulis dari pengalaman yang saya lihat sendiri dan dari pengalaman orang yang terdekat seperti nenek dan emak saya.

Prolapse of the uterus (womb)Tombong 02Gambar ini kami ambil dari internet untuk memudahkan kaum wanita mengetahui apa sebenarnya tombong.

Masak untuk Restoran

Amir dan Misah merupakan pasangan suami isteri yang sangat rajin dan berusaha menjayakan ekonomi keluarga sehingga berjaya membuka restoran. Keramahan Amir dan kepandaian memasak Misah menarik ramai pelanggan datang kerestoran mereka dibandar kecil itu. Dari awal perkahwinan sehingga bersalin anak yang ke 5 hanya Misah yang memasak untuk restoran itu. Dia tidak mahu perkerja perempuan sebagai pembantu..!!..Berbadan gemuk dan sifat cemburunya terhadap suami membuatkan dia gagahkan diri memasak meskipun sudah punya 5 orang anak.

1

Gambar Contoh

Selepas bersalin 2 minggu dia mula mengangkat periuk yang besar dan berat 2 belaka..Dia sering sakit pinggang, seram sejuk rasanya badan, tidak selesa berjalan, lebih2 lagi semasa buang air kecil . Terasa kembang dan sakit. Setiap kali duduk kainnya akan basah dan berair. Kemaluannya mengeluarkan bau yang sangat busuk & bernanah.  Lalat dan langau sangat banyak kerana bau yang dikeluarkan oleh masalah tombong . Misah tidak daya untuk berkerja, mengurus anak semua terabai dan dibantu oleh keluarga terdekat. Dirinya sendiri tidak terurus sehingga kan Amir menceraikannya. Keadaan Misah semakin hari semakin parah dan kerana tidak jumpa penawarnya. Misah bergelut dengan kesakitan yang berakhir dengan maut.

Angkat Air Telaga

Kejadian ini ialah kisah benar yang dialami oleh sepupu kepada nenek saya. Dalam cerita ini saya namakan nenek itu Salmah. Zaman dahulu kala wanita berkahwin di usia sangat muda dan jarak kelahiran yang sangat kerap . Begitu jugalah kisah Salmah  yang ketika itu baru berusia awal 30an.

0Gambar Contoh

Semasa tempoh awal 2 minggu bersalin anak yang ke-7, suaminya salmah menguruskan anak2 , rumahtangga dan penjagaan diri Salmah. Bila melihatkan Salmah sudah segar dan agak kuat suaminya keluar berkerja mengambil upah kerja-kerja kampung di luar daerah.  Kebiasaannya selama 2-3 minggu baru pulang kerumah menjenguk keluarga, begitulah rutin kehidupannya selama ini.

Semasa ketiadaan suaminya Salmah menguruskan semua kerja rumah termasuk mengangkat air dari telaga. Satu hari anak Salmah berteriak memanggil nenek meminta tolong “ Acik..Mak sakit , Mak suruh acik datang rumah “.Setibanya disana..Salmah masih duduk bertelimpuh  ditanah menahan kesakitan dengan timba air masih disisinya. Salmah memegang CIk V , seperti menahan benda jatuh..!! ..Rintih Salmah pada Nenek  “ Aku dah sakit pinggang dan rasa kembang dah lama..tapi tak sangka jadi macam ni kak..Aku tak boleh jalan..sakit sangat ..Peranakan aku terkeluar kak ..”

Nenek dan anak-anaknya memapah Salmah masuk kerumah dan nenek membersihkan badan Salmah. RAHIM YANG TERKELUAR ITU BERWARNA PUTIH SEBESAR AYAM DARA. Selang beberapa hari suami Salmah pulang setelah mendapat berita isterinya sakit..Semakin hari semakin parah..dimana saja Salmah duduk pasti mengeluarkan air, berbau busuk, bernanah . Langau dan lalat sangat banyak akibat bau yang tidak menyenangkan itu. Akibat sakit tombong itu suaminya meninggalkan Salmah  dan anak-anaknya, hilang tanpa berita. Ibu Salmah menguruskan anak-anak dan diri Salmah yang sakit. Tekanan itu menyebabkan Salmah menjadi kurang siuman dan rahim itu kekal berjuntai. Setelah sekian lama ia mengecil sebesar telor dan bau busuk itu hilang beransur-ansur. Setiap kali buang air kecil, Salmah akan mengangkat juntaian tombong tersebut…Begitulah, dan alangkah kasihannya nasib wanita..!!

Tarik Semaian Padi

Hidup ditengah sawah cukup mendamaikan meskipun sangat sunyi kerana kedudukan rumah jiran sangat jauh antara satu dengan yang lain. Deruan angin, kehijauan anak padi dan keheningan sawah sangat membahagia bagi keluarga Sarah dengan 5 orang anak anak hasil perkahwinanya dengan Amran. Kehidupan mereka sangat miskin kerana hanya bergantung pendapatan hasil padi iaitu hanya setahun 2 kali. Sarah ikut sama membanting tulang bersama suami mengusahakan sawah.

imagesGambar Contoh

Melihatkan suaminya berkerja disawah timbul rasa kasihan dan Sarah tanpa lengah turun ke sawah turut  sama membantu mengalihkan semaian anak padi. Anaknya yang kecil berumur 6 bulan ketika itu ditinggalkan bersama anaknya yang sulung. Ia menarik sekuat hati anak padi yang berat itu utk ditanam. Selepas beberapa jam ia merasa sakit yang teramat sangat rupanya tombong terkeluar dari vagina.. Sarah menjerit kesakitan dan memegang kuat CIK V. Suaminya memapah membawa Sarah naik kerumah. Sarah meraung kesakitan dan ketakutan. Terasa gelap masa depan, ketika itu kerana sangkanya 6 bulan selepas bersalin tidak akan berlaku keluarnya tombong..!! Anak-anaknya membersihkan pakaian Sarah sementara Amran memanggil bidan kampung yang sangat terkenal dikampung itu boleh memasukan semula tombong..Punggung Sarah dinaikan tinggi dari lantai dan  bidan memasukan tombong bersama manteranya..!! Sarah disuruh menarik nafas sedalam2nya dan menahan nafas..Setiap pagi bidan membakar kelapa muda yang saiznya sebesar gengam dijampi dengan mantera. Lalu dibalut dengan kain dan ditekap setiap pagi dan malam pada mulut CIK V. Berbagai pantang diberikan selama 3 bulan dan tidak boleh melakukan hubungan sex selama 6 bulan..!

Hanya Wanita Yang Memahami Wanita kan..!! Saya merasakan Blog JRM adalah medium bermenafaat untuk semua kaum wanita . Berbagai ilmu perbidanan dan pengalaman sepanjang kehidupan yang bersesuaian saya akan dikongsikan di blog ini…

Menyampaikan ilmu kepada perkara kebaikan mungkin dapat menyelamatkan insan lain dalam  perkahwinan, kesihatan dan memberikan ketenangan jiwa.

Indahnya siraturahim dan jariah kita sesama insan..

LAWATI BLOG UNTUK MENGETAHUI CERITA SELANJUTNYA….

click ——> blog : http://www.jrm.com.my/
Twitter: http://twitter.com/official_JRM
Instagram: http://instagram.com/official_jrm
LIKE fan page JRM :https://facebook.com/JRMOfficial
Facebook : https://www.facebook.com/rozita.jrm

 

6 Comments

  1. Pn Mashtura says:

    Salam….saya nak kongsi dan nak minta pendapat Puan masaah tombong ni…baru-baru ni saya balik kampung ibu mertua tanya saya pernah x keluar peranakan…saya tanya baik keuar macam mana….mak cakap peranakan terkeluar dari kemaluan kita tu….saya agak terkejut juga mak mertua tanya macam tu…saya cakap tak pernah pulak..untuk pengetahuan puan saya ade dua org anak yg…saya tanya baik mak mertua kenapa mak tanya macam 2….mak kata isteri angah yang saya panggil kak ida dia punya tu terkeluar….lagi la terkejut saya….sebab kak ida tengah mengandung sekarang dijangka besalin awal tahun hadapan 2014….saya nak bertanya Puan adakah yang terkeluar itu tombong? sebab kak ida mengandung anak sulung…sebelum ni pun mengandung tapi gugur kali pertama…mgandung sekarang kali kedua…badan nya agak besar walapun x mgandung….apa pendapat Puan dan cara apa saya dapat membantu ye…terima kasih

    • jamu ratu malaya says:

      sALURAN REKTUM ATAU LUBANG DUBUR BERKAIT RAPAT DENGAN SALURAN LUBANG VAGINA.. Suruh wanita tu..pegang utk kenal pasti..yg terkeluar tu bahagian depan atau belang..kalau belakang ada lah normal..ada yg buasir semasa mengandung akibat tekanan berat bayi dan kegemukan.. Namun jika terkeluar peranakan pastinya doktor akan mengambil ini sebagai serius dan ditahan wad..adalah lebih baik berjumpa doktor utnuk kepastian..sy x da komen atau cadangan sbb wanita ini sedang mengandung..jika x mengandung puan cadangkan dia ikut arahan pada nota saya tentang rawatan bagi masalah tombongsaya boleh bagi.

  2. wahida says:

    Salam puan…ngeri rasanya bile baca entry kali ni…sy wlupun blum kawin tp sy suka ilmu mcm ni sbg persiapan….sy nk tnya puan,klu buasir tu normal bg org mengandung, so masa nk meneran bersalin nnt x jd lg truk ke?anyway,terima kasih atas segala perkongsian puan…:-)

    • jamu ratu malaya says:

      Buasir —- akan dialami oleh sesetengah wanita tapi bukan semua..Punca nya kerap sembelit- gemuk-bersalin salah teran iaitu belum masa ibu sudah teran..Memang akan jadi buasir..Jika ada buasir akn lebih teruk masa saat akhir kelahiran dan semasa melahirkan..Sebab tu masa mengandung kena banyak makan buahan yang tinggi fiber..Buasir juga akan keluar semasa dalam pantang..jika sembelit..Saluran dubur dgn peranak wanita meengikut ilmu perbidanan ia berkait rapat dengan kekuatan vagina dan ototnya.

  3. pn zetie says:

    pn.saya ada minum persis dara dh masuk 2 botol+mango kolagen+kopi ratu..mcm mn cara ambilan yg betul yer… Berkesan..cuma miss v tu belum ketat lagi la..hehe..tu cik suami yg cakap..haha…juga saya ambik hot oil daun melong..sgt2 hot…:-)..persis dara membuatkn darah haid saya kuar banyak..sebelum ni x..malah kadang2 tu bila kencing saja br kuar..sebab pengambilan pil perancang..

    • jamu ratu malaya says:

      Vagina longgar adalah normal terutama kepada wanita selepas bersalin– disebabkan keluarnya bayi dia akan kurang cengkaman- jka wanita itu mengambil pil perancang atau keputihan yang serius …setengahnya akan mengalami vagina akan mengeluarkan air banyak sewaktu hubungan sex yang akan menambahkan lagi longgar..Selepas bersalinb ada beberapa teknik yang saya belajar untuk merapatkan tulang punggung yg akan sangat membantu merapatkans aluran vagina selain senaman kegel..Suplemenan yang puan makan itu ada lah kandungan bahan herbanya memnag mengandungi byak kebaikan untuki merapatkan kembali..Perhatian : wanita berbadan gemuk , bersalin anak bersaiz besar, makan pil perancang, keputihan berusia mmg akan longgar…

      Rawatan yang rapi sejak awal berpantang anak pertama dan seterusnya sangat penting mengekalkan ” Ketat ” selepas bersalin..Saya akan tulis akan datang apa pantangnya yang baik untuk masalah puan..untuk pengetahuan umum

      Cara makan untuk ,aslah vagina longgar ada saya sertakan dalam blog ..untuk apa yang puan dah beli ni ,,Kopi Ratu makan pagi saja..Persis dara 2 atau 3 sudu..sehari 2 kali..yang manggo kolage tu boleh makan bila2 masa..darah haid keluar banyak tu bagus..!! pil perancang kebanyakan wanita makan akan jadi sikit, wanita jadi gemuk..dan jika lama amalkan akan menyebabkans akit tumit dan lutut…apa pun banyak lagi penulisan saya di blog..sila ikuti dan ambil yang perlu sebagai pandauan..Salam Hormat dari sya..Rozita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

© Copyright 2013. Jamu Ratu Malaya (JRM) - No.95-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen U20, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor.