Kobis rawat muka dan bengkak susu…

Saya suka sayur kobis. Kobis holand pilihan saya. Padat manis ranggup..Kobis tak bagus dimakan oleh pesakit sakit sendi dan gaout. Makin sakit dan bisa ..!!

Gambar contoh kobis.

Sudah tentu kobis kaya dengan vitamin dan mineral. Kalau kulit muka kering banyak terkopek akibat perubahan cuaca atau selepas mengunakan produk muka yang berkimia , kobis mampu menjadi penawar kerana  kobis juga boleh digunakan sebagai toner semulajadi..

Gambar contoh kulit mengelupas.

Rebus daun kobis , sejukan dan sapu pada muka. Kebaikan lain bagus utnuk merawat sembelit sebab dia tinggi serat yang tinggi kandungan air. Bagi ibu selepas bersalin ia sangat bagus untuk merawat bengkak susu ( terlampau banyak air susu yang menyebabkan ibu kesakitan dan berdenyut ).

Gambar contoh

Caranya ambil daun kobis yang bulat bentuk melengkup yang sesuai ditekap pada payudara ibu.. Ia bukan sahaja sejuk malah mengurangkan kesakitan..Bacakan Alfatehah dan berselawat 7 kali kepada Rasullulah SAW. Berdoa agar diberikan kesembuhan dengan ikhtiar ini..

 

18 Apr, 2014

Author:

no comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

© Copyright 2013. Jamu Ratu Malaya (JRM) - No.95-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen U20, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor.