Masalah tumpah darah.

Assallamualaikum… tulisan saya kali ini adalah dari surat seorang penguna produk JRM…

Kemanisan siraturahim di dalam FB JRM – menjadikan saya semakin bahagia meskipun ada tekanan tekanan kerja. Terima kasih semua kenalan yang sangat saya hormati. Meskipun saya tak pernah berjumpa dengan semua rakan FB. Saya boleh mengingati nama semua rakan maya FB JRM-yang aktif mesej, like, peminat, atau yang serius masalah penyakit dalamannya.

Waktu hujung minggu kebiasaannya selepas solat subuh saya akan ke pasar – bersenam – atau bersauna. Selepas itu memasak..!! Selesai memasak sebelah pagi saya akan sambung belajar atau buat kerja tunggakan di pejabat. Sejak ada FB JRM, saya semakin sibuk sebab mengadap tablet Samsung..!! sehingga Yati bagi gelaran kat saya “Mak Gajet” kerana kemana-2 saya dengan tablet layan FB JRM.

Pernah dari pagi dan malam saya hanya berhenti solat sahaja seharian melayani FB JRM.. sedaya upaya saya ingin melayani semua rakan FB JRM.. Walaupun typo errow saya biarkan ( harap-2 rakan FB fahamlah walaupun typo errow..) niat hati kalau boleh nak reply semua orang..!! Bila menjawab FB saya akan memberi perhatian kepada orang yang bermasalah yang paling serius. Saya bukan setakat menjual produk di FB JRM, bila saya menjawabnya saya merasakan diri saya sebahagian dari wanita itu juga..

 

Jom kita baca surat Puan Salmiah  yang saya taip semula :

1535370_465780423545372_675910970_nNama Salmiah Mohd Nordin

No.48, Jalan 4/4

Bandar Baru Selayang

013-6968111

Alhamdullilah…Syukur..! Tak terkata disebabkan ada sesaorang yang sanggup mendengar permasalahan setiap orang dengan sabar. Yang paling ketara ialah berkongsi amalan atau petua yang boleh menyembuhkan. sebab itu beliau perolehi nikmat yang dikurniakan Allah. Semoga beliau & keluarga diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Perkongsian cerita : Saya mengalami pendarahan/tumpah darah yang agak kritikal sehingga dimasukan di wad. Semasa di wad untuk memerhentikan pendarahan saya telah dicucuk untuk mengecutkan rahim. Malangnya tiada kesan. Saya telah dimasukan darah sebanyak 2 botol dan sebotol air. Sehingga hari ke-2 tetap tiada perubahan. Saya telah diberikan pil untuk memberhentikan pendarahan. Masih tiada kesan. Saya dah semakin letih sebab kekurangan darah dan tidak cergas.

Saya nekad untuk bertemu dengan Puan Rozita melalui FB. Beliau meminta saya mengikuti petua ini :

Ambil akar lalang dan rebus bersama mengkudu. Amalkan Persis Dara 3 sudu malam dan d’folia 3 biji pagi. Tidak sampai sebotol Persis dara, pendarahan telah berhenti. Bersyukur sungguh. Alhamdullilah. Terima kasih atas petua dan nasihat dari Puan Rozita.

1521949_465778550212226_401749436_nPuan Salmiah datang pada hari sabtu ke premis JRM untuk membeli Persis Dara, saya tiada dipejabat. Ia menyatakan ingin memberikan saya hadiah. Bukan saya tak sudi, bagi saya doa dan perkongsian ini lebih besar menafaatnya kepada saya dan wanita lain. Surat ini mengembirakan saya puan..!! Alhamdullilah Puan sihat semoga berterusan kesihatan ini.

Hanya Wanita Yang Memahami Wanita kan..!!

Saya merasakan Blog JRM adalah medium bermenafaat untuk semua kaum wanita.. Berbagai ilmu perbidanan dan pengalaman sepanjang kehidupan yang bersesuaian saya akan dikongsikan di blog ini. Menyampaikan ilmu kepada perkara kebaikan mungkin dapat menyelamatkan insan lain dalam  perkahwinan, kesihatan dan memberikan ketenangan jiwa.

Indahnya siraturahim dan jariah kita sesama insan..

MELALUI PENULISAN BONDA ROZITA SETERUSNYA.

Twitter: http://twitter.com/official_JRM
Instagram: http://instagram.com/official_jrm
LIKE fan page JRM :https://facebook.com/JRMOfficial
Facebook : https://www.facebook.com/rozita.jrm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

© Copyright 2013. Jamu Ratu Malaya (JRM) - No.95-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen U20, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor.