MATI AKIBAT BUAT SEX DALAM PANTANG

Assalammualaikum,

Salam hormat kepada semua kenalan yang sudi melawati website saya. http://www.jrm.com.my  Setiap apa yang saya tulis diruangan ini adalah kisah benar yang saya rasakan bagus untuk di kongsikan. Semuanya melalui pengalaman yang saya lihat sendiri. Ada juga yang saya dengar dari ibu, arwah nenek dan kawan terdekat. Saya akan menulisnya dengan keizinan mereka. Ingat ya apa yang saya kongsikan ini sama sekali bukan istilah perubatan kedoktoran. Tidak ada kena mengena dengan hospital. Ia juga tanpa nama sebenar atau menyinggung mana-mana pihak. Saya bukan penulis yang baik maka saya minta maaf banyak-banyak atas kesilapan ejaan ataupun penyusunan bahasa yang tidak teratur dan cantik.

Bila Bonda Rozita Ibrahim Bercerita… 

MELAKUKAN SEX DALAM PANTANG merupakan bentan yang paling bahaya bagi wanita dan amat ditegah oleh nenek moyang dan agama islam. Islam meletakan tempoh pantang 40 hari dan perbidanan 44 hari, sebaiknya 100 hari…

Proses kehamilan 9 bulan 10 hari bukan 1 proses yang mudah yang boleh dipandang remeh. Badan wanita mengalami perubahan yang besar sehingga merosakan kecantikan keseluruhan bentuk badannya. Payudara, pinggang, punggung dan keseluruhan badan ikut membesar serta kembang. Bila semuanya mengembang dalam tempoh yang lama pastinya ia melibatkan urat-urat halus juga urat-urat besar. Orang Tua sering berpesan “ LIANG ROMA TURUT MENGEMBANG 30 KALI GANDA”.

Saat melahirkan, ia menyebabkan pembukaan pelvis atau tulang punggung untuk mengeluarkan bayi dari kantung rahim dan mengembangkan luas dan saluran “Cik V”. Saat yang amat menyakitkan…!! Itu yang dapat dilihat dengan mata kasar. Bagimana organ dalaman ? Ia lebih lambat sembuh, zahirnya diluar sembuh didalam belum lagi…!!Pastinya perlukan rehat secukupnya dan rawatan rapi. Mana mungkin dalam pantang begitu mudah anda melepaskan diri melayani sex atas permintaan suami dan nikmatnya yang hanya beberapa saat. Sanggupkah anda menanggung deritanya berpanjangan. Tidak kena ok lah dah kena mengelabah…!!

Gambar Contoh

Kisah benar – Wanita ini saya namakan Munah…

Munah berusia 18 tahun telah melahirkan anak kedua. Kedua anaknya lelaki dan seperti kebiasaan zaman dahulu wanita yang bersalin akan duduk dibawah jagaan ibu. Segala makanan, urut, bengkung tunku lengkap dijaga oleh ibunya. Selepas melihatkan Munah segar dan sihat selepas 20 hari melahirkan, ibunya keluar berkerja membantu suami bersawah padi. Selepas beberapa hari Munah berubah sikap yang agak pelik. Perubahan sikap yang sangat ketara ialah muka pucat dan kemurungan. Ibu bertanya kepada Munah apakah dia salah makan atau ada pantang yang dilanggar? Munah mengaku telah melakukan hubungan Sex atas permintaan suaminya. Semakin hari semakin serius kerana tiada ubat ketika zaman itu. Mukanya semakin pucat dia meracau dan mencakar-cakar kemaluannya. Semakin tenat dan pengsan akhirnya membawa maut…!!

 

Kongsikan kepada teman-teman dan berikan komen dan cadangan  di ruang bawah bagi saya memperbaiki mutu blog saya dari masa ke semasa.  nantikan kisah benar melalui cerita seterusnya iaitu mengenai “WANITA PELUPA SELEPAS BERSALIN” bagaimana ia berlaku dan punca bagaimana seseorang wanita boleh menjadi pelupa selepas bersalin?

 

MELALUI PENULISAN BONDA ROZITA SETERUSNYA.

Twitter: http://twitter.com/official_JRM
Instagram: http://instagram.com/official_jrm
LIKE fan page JRM :https://facebook.com/JRMOfficial

3 Comments

  1. khaira says:

    Mmg terbaik lah…rq sudi konfsi ilmu..

  2. ains abdul says:

    ngilu kpla ltut, tlng pgung bila bca yg ni. ee.. elakkn seks dlm pntng. bmnfaat sgt utk dkongsi

    • jamu ratu malaya says:

      Sebenarnya saya ramai jumpa wanita menagndung selepas pantang sebb mereka buat sex..dan selepas bersalin Cik Tom jadi sangat bermsalah..saya mulanya takut nak kongsi dalam blog tapi bila saqya fikirkan ia sangat perlu demi kebahagian dan keselamtan wanita itu sendiri..Bila menuruti nafsu yang tak sampai 10 minit dan sengsara sepanjnag haya..maka ada baiknya saya menulis sebagai pengetahuan masayarakat ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

© Copyright 2013. Jamu Ratu Malaya (JRM) - No.95-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen U20, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor.