MAWADDAH ADALAH CINTA SEJATI

Cinta tak mengenal usia_baru-02

Assallamualaikum..

Tidak ada orang yang berkahwin mahukan perceraian begitu juga saya..!! Allah S.W.T amat bijak mengatur hambanya, maka dengan pengalaman yang ada,boleh lah agaknya membantu kaum wanita mengutipnya serba sedikit ilmu  yang dirasakan sesuai melalui tulisan saya. Tujuan saya memberikan ilmu ini sebagai panduan dan kekuatan untuk melalui kehidupan.

Wanita yang bergelar isteri pada hari ini melalui kehidupan yang sangat mencabar. Penjagaan diri amat penting sebagai perisai hari mendatang. Tidak ada wanita rela dimadukan. Di akhir zaman ini wanita lebih ramai dari lelaki. Binalah keluarga berpandukan cara islam agar mendapat keberkatan dalam perkahwinan. Allah SWT maha kaya dengan sifat dan zatnya dan ia mengurniakan manusia itu perasaan berbeza-beza semasa melalui kehidupan berumahtangga.

Ada 3 perbezaan perasaan mengikut usia individu iaitu Mawaddah, Warrahmah dan Sakinah. Ketiga-tiga istilah ini telah disebutkan di dalam Quran .

وَمِنْآَيَاتِهِأَنْخَلَقَلَكُمْمِنْأَنْفُسِكُمْأَزْوَاجًالِتَسْكُنُواإِلَيْهَاوَجَعَلَبَيْنَكُمْمَوَدَّةًوَرَحْمَةًإِنَّفِيذَلِكَلَآَيَاتٍلِقَوْمٍيَتَفَكَّرُونَ

Artinya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenis mu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS. Ar Rum [30]:21)

doa pengantin malam pertama

Gambar Contoh

Doa merupakan senjata orang mukmin dan berpesan untuk perkara kebaikan kepada sahabat handai merupakan keperihatinan yang bermakna. Sewaktu berjumpa pengantin ucapkanlah kepada mereka sambil mendoakan :

“ Semoga Perkahwinan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT . Dikurniakan Mawaddah Warahmah & Sakinah . Mendapat anak-anak yang soleh dan solehah yang membahagiakan mereka dunia dan akhirat ”.

Mawaddah adalah cinta sejati

Memberi maksud cinta, kasih sayang yang tulus kepada pasangan dan keluarganya.

Menerima pasangan hidup dan mencintainya kerana mengharapkan hanya redha Allah SWT. InsyaAllah Cinta yang terpateri dengan keimanan dan taqwa mampu mengatasi segala rintangan alam rumahtangga. Menerima pasangan seadanya adalah kunci jodoh berkekalan.  Menurut Imam Ibnu Kathira ,sifat saling menjaga, memberi serta melindungi isterinya,  saling membantu, memahami jiwa dan sifat yang sangat indah ini mewarnai interaksi suami isteri. Terutamanya pasangan muda yang baru mendirikan rumahtangga.

Permulaan hidup berkeluarga bermula dari ikatan nikah suami isteri yang akan melahirkan keturunan  dan membiaknya keturunan dari pasangan tersebut. Bukan mudah melayarinya bahtera perkahwinan diakhir zaman ini kaum wanita lebih ramai dari lelaki. Pendedahan sosial yang melampau punca “SUSAH LEKAT PADA YANG SATU “.

Melalui pengalamanan saya,

Fasa 1

Usia 5 tahun perkahwinan merupakan pergolakan dan perceraian banyak berlaku pada fasa ini kerana tempoh penyesuaian diri. Darah baran, nafsu yang menganas, tidak matang ,dan emosi melampau berada pada fasa pertama.Masuk tahun ke-6 adalah tahun keseimbangan dan boleh dikatakan selamat dan saling mempertahankan perkhawinan  atau pun tempoh membuat keputusan.

Fasa 2

Tahun ke- 8 dan seterusnya , merupakan fasa ke-2 iaitu tempoh bertenang dan kematangan untuk membetulkan keadaan.

Fasa 3

Tahun ke 15b dan seterusnya , merupakan ada kedamaian dan ada kesengsaraan akan timbul. Penyakit, uzur, kewangan, keluarga dan perubahan hormon endrapaus dan monapaus menyebabkan sikap akan berubah.

Terlebih dahulu mohon dimaafkan segala apa bentuk tulisan dalam blog saya ini terutamanya tentang Perkahwinan dan perjalanan mencari keserasian dalam perkahwinan. Untuk mengapai kebahagiaan yang berkekalan sehingga akhir usia banyak liku-liku yang akan dilalui mengikut fasa usia, ekonomi, persekitaran, keluarga dan emosi. Fitrah semua manusia mahu membina keluarga yang bahagia. Bukan mudah mewujudkan ketenangan dalam  membina keluarga. Perkahwinan akan berjaya jika ada “Chemistry” dan saling mencukup melengkapi. Persiapan mental, kewangan , ilmu dan tolak ansur penting jika ingin berkekalan . Perkahwinan umpama sebuah bilik kosong, pasangan itu yang akan menghiasinya dan memenuhi ruang itu.

Perasaan cinta terhadap pasangan yang juga merupakan sahabat setia semakin subur. Menjalani kehidupan bersama sewaktu susah dan senang. Membina keluarga dan menemani sepanjang masa dengan kasih sayang yang dibina mampu memberikan semangat dan kekuatan jiwa menghadapi hidup yang akan datang dan merasakan diri keseorangan. Tiada rahsia antara mereka dan semuanya dilalui bersama dengan komunikasi yang baik . Hidup terasa indah dan kepuasan dinikmati bersama.

Jika terjadi sebaliknya iaitu tiada kasih sayang antara pasangan jiwa semakin runtuh dan hati semakin rapuh. Kita berkahwin untuk disayangi dan dilindungi oleh suami. Jika penderaan mental, maki hamun, ugutan, penipuan adakah itu kebahagiaan..? Jika tidak dikuatkan semangat pasti sukar membuat pilihan. Jalan mana mahu dipilih, meneruskan perkahwinan demi anak-anak atau takut kepada cemuhan masyarakat kerana perceraian itu memalukan atas status JANDA…?

Keputusan mesti bijak dan tepat. Fikir sedalam-dalamnya , kena tolak darab campur untuk mencari jawapan. Tanyalah pada kesanggupan diri. Jika lebih banyak dosa dan tidak berpuashati kenapa mesti bertahan dan hipokrit pada diri sendiri hanya kerana hendak menjaga hak atau hati orang lain.

Perjalanan masih jauh, sebagai manusia kita dikurniakan akal fikiran untuk menilai buruk baiknya. Hidup ini menyeronokkan jika kita membuat keputusan yang bijak. Ramai wanita sanggup menderita dalam perkahwinan ada 3 sebab pertama,  takut anak tak berayah, kedua malu bergelar janda  dan akhir sekali  suami adalah tempat bergantung tiada siapa akan beri nafkah atau memberi makan minum kalau bercerai. Jika itu penyebabnya saya akan menjawabnya persoalan anda kerana kebahagian itu sangat luas definasinya :-

pertama Jika kasihankan anak, takut anak tak berayah dan berkorban untuk anak. Jika sanggup teruskan dan jangan layan keluh kesah akibat perbuatan suami.Kebahagian seorang isteri hanya suami yang boleh memberikan rasa itu kepada wanita. Ia akan memenuhi naluri kebahagiaan kepada seorang wanita. Rasa bahagia itu tidak akan sama sentuhannya antara anak dengan ibu. Begitu juga antara suami dengan isteri.Contohnya, bila suami mengucapkan “saya sayang kat awak” dan ayat yang sama diucapkan oleh anak kepada ibunya “Saya sayang kat mak”. Bukankah ayat yang diucapkan itu sama tapi kita yang menerima dengan rasa yang berbeza begitu juga lah pelukan ia amat berbeza rasanya bila anak memeluk ibu dan pelukan suami kepada isterinya. Subhanallah…Allah maha hebat memberikan kita perasaan yang itu kepada kita hambaNya.Sekali pun bercerai, mereka tetap ada ayah dan ibunya. Tidak kemana hubungan ayah dan anaknya…!! cuma ayah tidak lagi hidup bersama dengan ibu dalam satu rumah. Bila keputusan sudah dibuat ibu wajib menerangkan pada anak  dan menyesuaikan diri dengan takdir.Anak hanya mampu memberikan kebahagian jiwa antara ikatan ibu dan anaknya. Tetapi naluri ingin disayangi sebagai isteri hanya boleh dipenuhi oleh lelaki yang bergelar suami. Fikirkan 1 hari anak kita akan ada keluarga sendiri dan anak-anak akan tinggalkan kita dan menyayangi pasangannya pula. Ketika itu kita semakin tua dimana kebahagiaan kita…? Adakah kita sempat menikmatinya dan berbaloikah kita berkorban untuk itu…?
Kedua Takut bergelar JANDA – Tak perlu takut dan malu dengan orang sekeliling kerana mereka semua tak melalui apa yang kita sedang lalui. Bila membuat keputusan kita harus berani dengan risikonya setelah menimbang kebaikan dan keburukannya. Buatlah keputusan mengikut hukum yang Allah dan mengikut syariatNya
Ketiga Suami tempat bergantung nafkah- Itu bukan alasan yang bernas. Sebenarnya hanya wanita yang pemalas dan tidak yakin pada diri yang memilih alasan ini. Wanita zaman sekarang kena ada kebolehan samaada masih bersuami atau tidak. Membantu ekonomi keluarga sangat mulia. Jika suami mati maka wanita juga akan hilang pendapatan dan nafkah kan..?? Adakah suami itu dianggap pembekal makanan dan minuman..??

Perkara yang wanita paling benci :

  • Suami ada wanita lain
  • Suka menipu dan berahsia
  • Tidak memberi nafkah
  • Bergantung pada pendapatan isteri
  • Baran dan kaki pukul
  • Tidak solat dan tidak tahu agama
  • Berpoya-poya dengan kawan-kawan
  • Menghabiskan masa diluar seperti masih bujang,Pemalas dan mengharapkan pendapatan isteri
  • Minum arak, dadah, kaki judi dan penjahat
  • Selekeh busuk dan pengotor

Selepas anda membaca cerita di Blog saya ini, saya sangat mengharapkan komen dari anda semua. Saya  sangat menhargainya sebagai perkongsian kepada pembaca yang lain yang akan melawati blog saya ini.

Hanya Wanita Yang Memahami Wanita kan..!!

Saya merasakan Blog JRM adalah medium bermenafaat untuk semua kaum wanita ..Berbagai ilmu perbidanan dan pengalaman sepanjang kehidupan yang bersesuaian saya akan dikongsikan di blog ini. Menyampaikan ilmu kepada perkara kebaikan mungkin dapat menyelamatkan insan lain dalam  perkahwinan, kesihatan dan memberikan ketenangan jiwa.

Indahnya siraturahim dan jariah kita sesama insan..

MELALUI PENULISAN BONDA ROZITA SETERUSNYA.

Twitter: http://twitter.com/official_JRM

Instagram: http://instagram.com/official_jrm

LIKE fan page JRM :https://facebook.com/JRMOfficial

Facebook : https://www.facebook.com/rozita.jrm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

© Copyright 2013. Jamu Ratu Malaya (JRM) - No.95-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen U20, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor.