ORANG TUA-TUA PALING TAKUT DENGAN MEROYAN…KENAPA ?

Assalamualaikum…

Salam hormat kepada anda yang sudi menjengah laman blog tulisan saya. Saya percaya amalan lama ini akan diabaikan oleh anak-anak muda kerana mereka lebih mendekati hidup secara sains dan arus kemodenan yang serba mudah. Dek kerana ramai yang bermasalah mengadu bagaimana nak merawat masalah ‘SULIT’ yang mengoncang keharmonian perkahwinan maka hati saya terdetik untuk berkongsi dalam blog ini agar menjadi panduan dan peringatan kepada anda yang masih muda agar menjaga badan, ikut hukum hakam, badan kita ni nak pakai lama…!! Allah tak akan mengharamkan sesuatu tanpa sebab ingat tu…!! Biarlah apa yang saya tulis ini kekal sebagai peninggalan bermakna sekiranya anda memerlukannya .

Blog www.jrm.com.my bukanlah ruangan mencari keuntungan atau perniagaan semata-mata. Saya mendekati masyarakat dan semua penguna ST & JRM, serta kepada semua pembaca dengan membina silaturrahim dengan ukhuwah. Usia saya meniti senja, akan pulang kepada pemilikNya bila sampai waktu nanti.PN-ITA-&-PN-YATI_Low Res

Selagi hidup yang tersisa ini saya menulis tentang petua dan amalan yang baik sebagai rujukan anak-anak muda yang sudi mengamalkannya. Mudah-mudahan ilmu saya yang tak seberapa ini boleh dimanfaatkan kepada semua orang kerana saya mengambil iktibar dari sabda Rasullulah SAW…Sebaik2 manusia ialah manusia yang memberi menafaat kepada orang lain. Bila dah tua begini sesuai rasanya saya ambik feeling sebagai ibu yang sedang bercerita kepada anak-anaknya. Bila saya mulai menyentuh mengenai apa-apa topik saya akan memulakan dengan intro “Bila Bonda Rozita Ibrahim Bercerita”.    Saya kutip, kumpul, petua, tips, serta pengalaman saya sendiri dan orang lain dan disimpan  diruangan Blog jrm. Bila orang “Lama” bercerita. Kelihatannya seperti mitos dan kuno namun ada kebenarannya. Jika baik tak salah pun untuk kita jadikan panduan.   Saya  belajar ilmu rawatan herba dengan seorang nenek di hutan sempadan Gua Musang Pahang. Gambar ini adalah antara iklan TV komersial Sendayu Tinggi.

gunung-ledang4 copy

KESAN MEROYAN AKIBAT TIDAK BERPANTANG 

JENIS MEROYAN

KESAN DARIPADA MEROYAN

Angin Meroyan

-pening kepala

-rasa nak deman tapi tidak deman

Gila Meroyan

-Gangguan Mental

Darah meroyan

-Sakit seperti kontraksi bersalin

-Darah kotor tak habis keluar

 

Sekadar gambar hiasan (kredit empunya gambar asal)

Kemurungan selepas bersalin atau Postpartum Depression (PPD) yang dikenali Gila Meroyan bagi orang melayu. Ia dialami oleh wanita selepas bersalin antara 5% ke 25%. Istilah sains tentang ‘MEROYAN’ ialah Psikosis selepas bersalin merupakan gangguan kesihatan mental menyebabkan kemurungan yang masih belum dikenal pasti puncanya. Tahu kah anda Gila Meroyan akan berlarutan beberapa bulan atau mungkin akan berpanjangan. Perubahan sikap dan tingkah laku ibu selepas bersalin dapat dikenali dan saya cuba menjelaskan punca-puncanya seperti gangguan pemikiran, khayalan, halusinasi dan ucapan tidak teratur atau tingkah laku luar kebiasaan sifat seorang ibu. Gangguan Gila Meroyan akan menguasai wanita selepas 3 hari bersalin. Perasaan itu akan datang menganggu bila ibu itu bersendirian terutamanya waktu senja. Wanita selepas bersalin dikatakan berbau wangi dan terdedah kepada ganguan iblis. Pada waktu petang antara jam 6.00 petang  sehingga 8.30 malam, ibu akan ditemani dan seeloknya ada orang yang mengaji Al-Quran disebelahnya atau diajak berbual supaya gangguan emosi dapat dielakan. Ia dapat membina kasih sayang dan semangat buat ibu yang baru melahirkan. Hebatkan ilmu orang tua-tua…! Rawatan gila meroyan biasanya, dirawat secara tradisional, secara kampung dan secara islam disamping itu juga, memerlukan sokongan  dan ahli keluarga kerana ia mampu merawat masalah gangguan mental akibat gila meroyan. Wanita selepas bersalin akan merasa kasih sayang dan dihargai ia juga mampu menyedarkan wanita yang menghadapi masalah ini. Jika tidak diatasi gila meroyan ia boleh menyebabkan kekal selama-lamanya… Kesimpulan punca Gila Meroyan – Merujuk pada kajian pengalaman saya sendiri, orang tua-tua dahulu, kaedah perbidanan & rawatan islam yang saya kombinasikan melalui rujukan saya  antara punca-punca gila meroyan : 1) Trauma dan kesakitan yang melampau semasa bersalin 2) Alahan teruk semasa mengandung 2) Masalah peribadi dan tekanan kehidupan 3) Hilang keyakinan diri – Kecantikan pudar 4) Masalah Rumahtangga – Kewangan- Keganasan 5) Hilang Kasih Sayang & Perhatian 6) Gangguan Jin & Syaitan 7) Lemah semangat  & melayan perasaan gangguan “meroyan” 8) Bayi meninggal atau kerap keguguran 9) Sakit akibat rengat darah meroyan dan bengkak susu.

ANTARA GEJALA GILA MEROYAN

  • Kesedihan tanpa punca
  • Kesayuan hati sehingga hilang pertimbangan diri
  • Keletihan dan perubahan dalam tidur dan corak pemakanan
  • Nafsu sex yang berkurangan
  • Menangis dan kesedihan berterusan
  • Kebimbangan dan keresahan yang berpanjangan.
  • Kesan ke atas antara ibu bapa dan bayi
  • Putus asa
  • Rendah diri
  • Rasa bersalah
  • Perasaan ditenggelami
  • Ganguan Tidur dan selera makan
  • Ketidakupayaan untuk dihiburkan
  • Keletihan dan Kekosongan
  • Menyendiri dan tidak mahu bergaul
  • Benci kepada bayi & bahaya kepada keselamatan ibu dan bayi
  • Tenaga yang rendah
  • Menjadi mudah kecewa
  • Menurun nafsu seks
  • Anhedonia

SILA BERIKAN KOMEN ATAU CADANGAN UNTUK SAYA TINGKATKAN MUTU PENULISAN  DAN SEBARKAN KEPADA TEMAN-TEMAN JIKA IA MENDATANGKAN MANFAAT DAN KEGUNAAN.  KISAH BENAR MELALUI CERITA SETERUSNYA IAITU MENGENAI “ADAKAH SEBAB MATI AKIBAT BUAT SEX SEMASA BERPANTANG?”  BAGAIMANA IA BERLAKU DAN PUNCA BAGAIMANA SESEORANG  BOLEH  MATI AKIBAT BUAT SEX SEMASA BERPANTANG? SALAM UKHUWAH DAN KASIH SAYANG SESAMA INSAN. DARI SAYA ROZITA IBRAHIM. MELALUI PENULISAN BONDA ROZITA SETERUSNYA.

Twitter: http://twitter.com/official_JRM

Instagram: http://instagram.com/official_jrm

LIKE fan page JRM :https://facebook.com/JRMOfficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

© Copyright 2013. Jamu Ratu Malaya (JRM) - No.95-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen U20, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor.