Petua Rawat Bentan…

Assallamualaikum..berbanyak-banyak saya berterima kasih atas kesudian anda singgah membaca blog JRM. Ilmu kampung petua berzaman yang sangat bermenafaat saya simpan dalam blog ini sebagai tanda sayang saya kepada anda semua dan kerana kita sesama manusia saling memerlukan.

Pandangan saya kesihatan dan ketenangan amat merupakan nikmat paling besar kepada manusia..!!

Firman Allah tiada penyakit yang tiada ubat melainkan maut. Pantang bukan satu perkara yang boleh diremehkan..Bentan bukan seorang dua yang mati dan sengsara ..Ingat tu pesan saya..Janga taksub dek modern sampai tak percaya langsung. Orang tak cakap,orang tak buat orang, tak jaga kalau tak betul..!!

Gambar sebagai hiasan.

Gambar sebagai hiasan.

JANGAN SEKALI-KALI MINUM AIS DALAM PANTANG..Badan akan bentan dan mengigil2 boleh pengsan serta merta. Antara kesan lainnya badan akan sakit-sakit dan menyucuk2 bila berumur nanti. Pengalaman Mak saya kongsikan dengan anda pada kali ini. Mak tak suka berpantang dan semasa adik masih kecil dibulan ramadhan cuaca yang sangat panas dia berbuka dengan ais batu. Disangkanya sudah bersalin selama 2 bulan dirinya sudah tidak perlu menjaga pantang..Tiba-tiba serangan bentan datang. mak mengigil kesejukan sayup terdengar jauh suara abah memanggil namanya. Mata mak naik keatas muka terus menjadi pucat…

Air Sarsi

Air Sarsi

Abah serta merta memberikan mak minum air sarsi. Kesan sembuhnya sangat cepat..!! seperti membuang habuk dalam mata.

Akar Belimbing

Akar Belimbing

Antara lain ialah akar belimbing tunjuk. Ambil masa tengahari jumaat, selawat atas nabi sepanjang mengambil akar tu niatkan semasa mengambil akar belimbing untuk buat penawar bentan. Rendamkan akar tersebut dalam air suam jika terjadinya bentan. Lalu sapu pada muka dan ubun2 diikuti bahagian perut. Sedekah fatehah pada Rasullulah dan niatkan penyakit bentan itu keluar dari badan atas Izin Allah …

Hanya Wanita Yang Memahami Wanita kan..!!

Saya merasakan Blog JRM adalah medium bermenafaat untuk semua kaum wanita.. Berbagai ilmu perbidanan dan pengalaman sepanjang kehidupan yang bersesuaian saya akan dikongsikan di blog ini. Menyampaikan ilmu kepada perkara kebaikan mungkin dapat menyelamatkan insan lain dalam perkahwinan, kesihatan dan memberikan ketenangan jiwa.

Indahnya siraturahim dan jariah kita sesama insan..
Layari :

http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.com
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

© Copyright 2013. Jamu Ratu Malaya (JRM) - No.95-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen U20, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor.