RAMAI YANG TANYA SAYA, BENTAN TU WUJUD KE?

Assallamualaikum,

Salam hormat kepada semua kenalan yang sudi melawati website saya… http://www.jrm.com.my  Setiap apa yang saya tulis diruangan ini adalah kisah benar yang saya rasakan bagus untuk di kongsikan. Semuanya melalui pengalaman yang saya lihat sendiri. Ada juga yang saya dengar dari ibu, arwah nenek dan kawan terdekat. Saya akan menulisnya dengan keizinan mereka. Ingat ya apa yang saya kongsikan ini sama sekali bukan istilah perubatan kedoktoran. Tidak ada kena mengena dengan hospital. Ia juga tanpa nama sebenar atau menyinggung mana-mana pihak. Saya bukan penulis yang baik maka saya minta maaf banyak-banyak atas kesilapan ejaan ataupun penyusunan bahasa yang tidak teratur dan cantik.

Bila Bonda Rozita Ibrahim Bercerita :

Kategori bentan yang saya tahu, pernah lihat dan juga dialami oleh kenalan saya semasa berpantang :

Sekadar gambar hiasan (kredit empunya gambar asal)

Sekadar gambar hiasan (kredit empunya gambar asal)

KESAN PADA TUBUH BADAN

PUNCA DARI PEMAKANAN

Gatal dan bengkak satu badan

Makan makanan gatal. Contonhnya kerang udang dan sebagainya.

Terasa menyusuk dalam perut

Makan ikan bersengat. Contohnya ikan pari, ikah sembilang, ikan keli dan baung.

Pening kepala berpanjangan

Tercium buah yang berbau seperti buah mangga kuini,jering dan petai .

Sejuk mengigil

Ais batu, makanan sejuk , sayuran dan buah

Kancing gigi

Makan buah yang berbau seperti buah mangga kuini,bacang,jering , petai dan rebung.

Tumpah darah

Tersadung ibu jari kaki atau makanan berbau yang  seperti buah mangga kuini,bacang,jering , petai dan rebung.

Mati

Terhidu bau racun, melakukan sex dalam pantang atau salah makan dalam pantang.

Hujan panas

Terkena hujan panas kesanya lebih teruk seperti sakit bisa urat (sawan)

Kejang saraf

Mencabut rumput atau menarik sesuatu dengan kuat semasa dalam pantang.

Sebaik-baik pakaian semasa berpantang ialah baju lengan panjang, jika tidak tebal pun tidak mengapa. Berkain batik bagi memudahkan pergerakan, berurut, membuka bengkuk dan sentiasa berstokin. Saya akui saya sendiri rimas amalan berpantang ni, tapi dek kerana sayangkan badan dan hanya badan ini sahaja yang menyebabkan saya gembira maka saya layan amalan tu, No Pain No Gain kan. Malahan up-grade lagi 9 bulan 10 hari badan mengembang mana mungkin kembali kemas dan sihat dalam masa seminggu.

Alhamdulillah saya tak pernah mengalami bentan teruk selepas bersalin anak sulung sehingga anak yang ke-6. Tapi tanda-tanda badan tak tahan sebab melangggar pantang, saya ada rasa semasa bersalin anak yang ke 7 & 8. Malas juga nak menjaganya sebab saya pun dah berusia ketika itu dan saya rasa suplemen ambil saya cukup banyak, tak mungkin akan bentan. Niat dihati hanya nak cepat kemaskan dalaman dan kurus semula…

Sekadar gambar hiasan (kredit empunya gambar asal)

Sekadar gambar hiasan (kredit empunya gambar asal)

pada hari yang 20, saya hanya memakai  baju t shirt berlengan pendek paras siku serta berkain batik. Saya malas pakai body tone set bersalin Ammy Complete kerana merasakan badan sangat ringan dan sihat, dalam hati seronok sangat sebab tak lama lagi habislah fasa berpantang. Malam tu saya tidur pasang aircond suhu 24 c dan kipas no3 sahaja. Kesannya esok pagi badan terasa sakit dalam tulang bisa menyucuk-nyucuk. Saya nak muatkan berbagai kisah. orang yang berbeza-beza yang berkaitan dengan bentan dan pantang dalam pelbagai kategorinya…

jenazah

gambar contoh

BENTAN- MAKAN MANGGIS DENGAN LANGSAT

Sabak Bernam, Orang Mati Hidup Semula… Gara-gara makan manggis dan langsat wanita ini pernah mati selama 16jam dan hidup semula semasa  mula memandikan jenazahnya… Kisahnya – Selepas bersalin anak ke-2 wanita ini belum lagi didatangi haid salama 2tahun kerana masih menyusukan bayinya. Cukup lama baginya menahan pantang makan, buah kegemarannya manggis dan langsat benar-benar membuka seleranya, sangkanya 2tahun tidak mungkin mendatangkan kemudaratan. Selepas makan buah tersebut jam lebih kurang 5 petang, ia merasakan sejuk dan terus rebah sehingga tidak bernafas lagi. Semua ahli keluarga dijemput dari Perak berkumpul untuk menyempurnakan jenazah pada keesokan harinya. Upacara pengkebumian akan dilakukan jam 10am. semasa sibuk menyediakan peralatan mandi, kain menutup mayat bergerak-gerak. Semua yang mandikan mayat tergamam bila mayat menarik kain putih yang menutupi muka itu dan bersuara.. kenapa dan dimana aku? Allah maha kaya, belum sampai ajalnya. Selepas kejadian itu Wanita itu amat terkenal dengan nama ‘Orang Mati Hidup Semula.’

 

amme complete setpn.ita - sebelumyellow

 

Produk dari Sendayu Tinggi yang terbaik bagi wanita selepas bersalin, set Amme Complete. Saya telah mengamalkan produk tersebut selepas bersalin anak yang ke-7 iaitu Nur Ain Sufiah pada umur saya menjangkau 45 tahun. Inilah hasil sebelum dan selepas bersalin anak ke -8 iaitu 3tahun lepas.

NANTIKAN KISAH BENAR MELALUI CERITA SETERUSNYA IAITU MENGENAI “MEROYAN”  BAGAIMANA IA BERLAKU DAN PUNCA BAGAIMANA SESEORANG WANITA BOLEH DAPAT GILA MEROYAN.

ADAKAH SEBAB MATI AKIBAT BUAT SEX SEMASA BERPANTANG?

MELALUI PENULISAN BONDA ROZITA SETERUSNYA.

Twitter: http://twitter.com/official_JRM
Instagram: http://instagram.com/official_jrm
LIKE fan page JRM :https://facebook.com/JRMOfficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

© Copyright 2013. Jamu Ratu Malaya (JRM) - No.95-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen U20, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor.