Sidek peminat atau penguna ..?? setia menunggu..!!

 

Memang ramai pelajar university yang ingin berjumpa saya untuk assignment mereka, sayangnya saya tak cukup masa untuk itu..!! Kesungguhan Sidek pelajar dari kuantan ini sangat menyentuh hati saya. Asalnya dia membeli tiket seminar “ cari lubuk emas kenali potensi diri “ yang telah saya batalkan di Tabung Haji atas sebab peribadi. Dia tidak berputus asa dan meneruskan hajatnya berjumpa saya meskipun di majlis sepetang di Intekma sempena meraikan pemenang Tag & Share.

Sidek menunjukkan gambarnya dipenuhi jerawat kepada saya (HP)

Sidek menunjukkan gambarnya kepada saya (HP)

Sidek menunjukkan gambarnya kepada saya (HP)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dia bertolak dari kuantan sehari sebelum majlis bermula. Tepat jam 6.20 petang Niza staf bahagian event melarikan saya dari majlis untuk solat asar selepas.  Selepas solat saya meminta Sidek masuk kebilik VVIP .  Sebagai memulakan perbualan , saya meminta Sidek menyoal saya dan alangkah terkejutnya dia datang jauh-jauh hanya bertanyakan 3 soalan sahaja ..!!

Sempat saya bertanya jurusan apa, malam tadi tidur di hotel mana dan bila nak balik kekuantan ..?? Jawabnya ..Saya nak balik terus kekuantan dan nak cari teksi ke sek 17 nak cari tiket bas. Malam tadi saya tidur masjid.

“Saya malulah puan, tapi saya nak kongsi jugak.. Saya potong 6 sabun ini tahan 3bulan..kemana saya pergi saya akan bawa.” ujar sidek (Wajah sidek bersih tanpa parut dan kemerahan).

Selebihnya dia berkongsi pengalamannya.” Saya pakai produk puan dari ST sampai ke JRM..Abang ,kakak dan banyak keluarga saya pakai produk Puan.. ”.. Wajah yang ceria dan puas Sidek bercerita sambil mengeluarkan kotak sabun  yang berisi sabun anthea .

Hati saya menangis dalam hati sebak dan syukur ( sampai begini Ya Allah kau temukan aku dengan orang yang menghargai produk yang aku buat).

Saya hantarkan dia stesen bas dan menasihatinya sepanjang jalan agar menghargai masa, ugama dan akhlak ( jangan terpengaruh dengan keseronokan dunia, dadah dan jenayah).  Air mukanya sangat baik serta akhlaknya sangat sopan .

Sayu hati saya sebagai ibu dan bertuahnya ibunya memiliki anak seperti Sidek . Terfikir dalam hati saya , kalau saya buat produk tak bagus alangkah kesiannya mereka yang baik pada saya. Azam saya dalam hati “Saya akan amanah dalam menjual produk, biar untung tak banyak, saya tak akan tipu ”

Antheia

Kepercayaan penguna pada saya besar maknanya ..Meskipun, sekadar menggunakan sabun Antheia yang berharga Rm 22.00 mampu merubah wajah Sidek tanpa kesan jerawat dan parut.

 

 

222 3333444

 

 

 

 

Penulisan dari : Deq Abd

 

11 Apr, 2014

Author:

no comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

© Copyright 2013. Jamu Ratu Malaya (JRM) - No.95-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen U20, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor.